Recently on my mind: Dun lose weight.

Previous Posts

Archives

More Bloggers


My CaReLeSs WhIsPeR-Think UNIT TRUST, Think Agnes

Monday, August 29, 2005
Selamat Hari Merdeka Malaysia
Tanggal 31, bulan 8, 57..hari yang mulia, hari bahagia -Sudirman

Lagu-lagu patriotik Malaysia boleh kedengaran di mana-mana jua, bukan sahaja menerusi televisyen, malah melalui siaran radio. Ini hanyalah disebabkan oleh hari merdeka Malaysia yang kian tiba.

Satu-satunya sebab saya ‘memblog’ dalam Bahasa Malaysia kali ini adalah kerana saya selaku seorang anak Malaysia yang bangga, ingin menyumbang kepada Negara ini dan salah satu caranya ialah menerusi pemblogkan dalam bahasa tanahair kita iaitu Bahasa Melayu. Selain itu, saya ingin menyertai dan menjadi sebahagian daripada kempen yang dianjurkan oleh ‘rakan seperjuangan’ saya dalam mengingati hari yang penuh makna ini. Oleh itu, mari kita semua menyokong kempen ‘memblog’ dalam BM ini.

Perasaan saya sebagai anak Malaysia? Memang tidak boleh dinafikan lagi bahawa selain perasaan bangga, ia masih lagi perasaan bangga. Saya menghargai, juga berterima kasih kepada Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan seperjuangannya yang telah berganding bahu tanpa mengenal penat dan lelah dalam usaha membebaskan tanahair kita daripada naungan penjajah asing. Ia tidak mungkin dicapai juga sekiranya kaum Malaysia pada masa itu tidak bersatu-padu. Keupayaan untuk mengekalkan perpaduan kaum inilah yang telah menjadi perjanjian ataupun asas kukuh di mana penakluk-penakluk asing bersetuju menyerahkan pentadbiran kepada Tunku.

Kita juga tidak patut memandang ringan dan megabaikan jasa pendekar-pendekar yang telah berkorban untuk Negara semasa peperangan mempertahankan tanahair kita pada satu waktu dahulu. Peristiwa May 13 masih boleh dirasai kezalimannya in antara segelintir rakyat Malaysia yang menempuhinya. Ia merupakan satu peristiwa yang mengingatkan kita bahawa pertempuran antara rakyat boleh membawa padah dan kesannya adalah sangat ditakuti oleh semua. Peristiwa dashyat ini tidak seharusnya berulang lagi.

Juga, adalah menjadi satu tindakan wajar kerajaan di mana kita semua diberi peluang untuk menuntut ilmu di sekolah kerajaan dan setiap orang mempunyai kebebasan, dalam kata yang lain, tidak diskriminasikan apabila memohon untuk perkerjaan yang diingini. Selain itu, tidak saya menyedari kepentingan hari merdeka ini sehinggalah pensyarah saya, ketika saya menuntut di university, membangkitkan kesedaran kami semua dan mengingatkan kita betapa kita harus bersyukur berpeluang menetap di sebuah negara yang berbilang kaum dengan penuh hamorni. Bekas Perdana Menteri kita, Dr Mahatir, pernah ditanyai oleh perdana menteri negara-negara jiran yang lain, rahsia yang membolehkan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup bersama tanpa megira bangsa and agama serta isu-isu perkauman atau perselisihan yang berpotensi mencetuskan peperangan. Jadi, tidakah kita patut berbesar hati atas kurniaan seperti ini?

Baiklah, saya akan mengakhiri blog ini dengan melaungkan dua perkataan ini daripada lubuk hati “Malaysia Boleh” dan semoga Negara Malaysia kekal masyhur and aman buat selama-lamanya! Kibarkan Jalur Gemilang dan kobarkan semangat patriotik kita, rakyat Malaysia!!

aiya, tak sodap la tulis blog cam ni... macam baca surat khabar je... bluek :p :)  

_____________________

Jadi, tak payahlah baca...saya tak akan sia-siakan usaha saya di sekolah selama 11 tahun mempelajari bahasa melayu dan akhirnya memblog dalam bahasa pasar.Sekian.

Dalam bahasa peranakan,tok sah baca! :P  

_____________________

bukannya panggil u tulis dalam bahasa pasar la.......tapi bahasa english...aiseh..u salah faham la...relac relac  

_____________________

Haha u nak english je eh?Jgn bimbang, ini sememangnya blog inggeris.Lepas ni, semua akan kembali pulih sedia biasa ;p  

_____________________

Post a Comment